Friday, July 31, 2009

Assalamualaikum

Assalamualaikum,

Semoga berbahagia seluruh komuniti Seri Putra5 walau di mana kita berada. Memulakan bicara, saya sebagai salah seorang wakil komuniti di sini ingin memulakan blog ini sebagai inisiatif untuk memudahkah perhubungan semua. Sebagai permulaan saya akan memuatkan buletin di dalam blog ini. Dan sekiranya masa mengizinkan, lebih banyak artikel yang akan dimuatkan di sini. Semuanya bergantung kepada keadaan dan keperluan semasa.

Semuanya tidak akan bermakna sekiranya apa yang saya paparkan di sini tidak mendapat perhatian dari komuniti. Jadi dari semasa ke semasa, saya berharap untuk mendapat pandangan, nasihat, cadangan,komen yang kritis dan apa-apa yang sewaktu dengannya yang boleh dijadikan panduan, iktibar dan arah tuju komuniti di sini.

Secara umumnya, blog ini diharap akan menjadi platfom untuk kita berhubung dengan lebih kerap. Dari kita untuk kita.

No comments:

Post a Comment