Friday, July 31, 2009

Sepatah Dua kata Presiden

SP5 Buletin kembali !!
Kami bercadang untuk menerbitkan buletin ini setiap bulan

Untuk itu semua penduduk SP5 dipelawa menyumbang sebarang artikel yang difikirkan sesuai untuk Buletin SP5. Sila hantar sumbangan anda kepada Setiausaha atau email ke : rosleya@yahoo.com atau seriputra5@yahoogroups.com

Sempena penerbitan semula buletin SP5, disini kami terbitkan ucapan alu-aluan dari Presiden Persatuan Kejiranan SP5.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Salam and my warmest regards to all esteemed members of SP5 Neighborhood,

Sebagai pembuka kata dan pemula bicara izinkan saya untuk merakamkan penghargaan dan ucap tahniah kepada Sdr Setiausaha dan semua AJK yang telah berjaya menerbitkan Buletin SP5 yang pertama di bawah Ahli Jawatankuasa baru Persatuan Kejiranan SP5. Saya percaya usaha murni, kerjasama erat dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua bukan sahaja akan memberi faedah untuk menyampaikan maklumat,berita dan pekembangan terkini kejiranan SP5 bahkan juga akan menjadi satu 'catalyst' atau pemangkin untuk mewujudkan satu masyarakat dan kejiranan yang erat, bersatu padu dan saling hormat menghormati di kalangan kejiranan SP5 ini.

Allow me...the new line up for SP5 Resident Association Committee was elected on 21st June 2009 and thereafter few other sub committees have been appointed to cater the needs and aspirations of all members of SP5. Rest assured I on behalf of the Committee would pledge our best commitment and utmost effort to ensure a smooth yet effective Resident Association that no doubt would benefit all members of our neighborhood- regardless our differences in whatever form they may be.

Saya percaya bahawa di dalam menjalankan dan memikul amanah dan kepercayaan semua, tentulah ada kekurangan atau terlepas pandang di pihak kami. Justeru saya berharap dan menggesa semua untuk memberikan pandangan, idea mahupun kritikan membina bagi kepentingan semua. Let us work as a team.

Akhirnya saya sekali lagi memohon kerjasama dan sokongan anda semua di dalam apa-apa segi bagi menjayakan segala tindakan,usaha dan aktiviti yang kami jalankan dan sama-sama kita bergerak sebagai satu persatuan kejiranan yang berwibawa, professional dan dihormati.

Ikhlas dari saya,
Jefri Jaafar-Presiden

No comments:

Post a Comment