Friday, July 31, 2009

Our Security Our Responsibility (OSOR)

1. Untuk memudahkan Warga Kejiranan SP5 menjelaskan bayaran yuran keselamatan, Bendahari telah membuka akaun Maybank seperti yang tercatat di dalam buletin yang telah diedarkan sebelum ini:

Bagi Warga yang mempunyai akses M2U, anda boleh memindahkan wang anda ke akaun diatas melalui internet. Walau bagaimanapun anda di kehendaki memaklumkan / memasukan email En Aziz didalam ruangan email yang disediakan. Sila masukkan maklumat seperti nama & no rumah serta nama jalan di ruangan ‘description’. This is for reconciliation purposes and to ensure that our record is up to date.

2. Anda juga boleh memindahkan yuran keselamatan anda melalui ATM Maybank ke akaun tersebut ataupun ATM dibawah rangkaian MEPS dengan menggunakan kemudahan "Interbank Fund Transfer"..

3. Atau anda boleh membayar yuran melalui Wakil jalan yang telah dillantik.

4. AJK dengan kerjasama Setiausaha Kejiranan Wanita SP5 telah bersetuju untuk mengambil Yuran keselamatan untuk diserahkan kepada Wakil Jalan / AJK. Jadi, sekiranya anda tiada berkesempatan , anda bolehlah menyerahkan yuran keselamatan kepada isteri anda dan isteri anda menyerahkan wang tersebut kepada wakil jalan Kejiranan Wanita SP5.

5. Anda juga boleh menghubungi AJK untuk memungut yuran keselamatan anda mengikut masa kelapangan anda.

6. Untuk mengetahui butiran terkini mengenai akaun yuran keselamatan, anda boleh meghubungi bendahari atau wakil jalan yang dilantik.

7. Bayaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 3hb setiap bulan. Ini untuk memudahkan dan memastikan AJK dapat menjelaskan bayaran kepada pihak keselamatan pada 5hb (setiap bulan).

~TERIMA KASIH DIATAS KERJASAMA ANDA ~

No comments:

Post a Comment